April 19, 2013

Rendang Dendeng Negeri Perak

Saya berasal dari Kuala Kangsar, Bandar DiRaja Perak. Masakan-masakn negeri Perak memang menjadi 'gulai' kami setiap hari. Antara masakan negeri Perak yang popular adalah Gulai Tempoyak, Sambal Tempoyak Masak, Rendang Tok, Rendang Dendeng dan Rendang Pedas...

Hari ini, kami masak Rendang Dendeng. Kebanyakan masakan tradisional Melayu, memang terkenal dengan peraturan memasak yang agak 'remeh', ini termasuklah masakan rendang dendeng ini...

Bermula dengan merebus daging, menyiang dan mengetuk-ngetuk daging tersebut, seterusnya menggoreng sedikit dan barulah di 'rendang' selama lebih kurang 1 jam...hasilnya memanglah sedap, namun aturannya kadang-kadang membuatkan kita agak 'malas' membuatnya.

Inilah dia..Rendang Dendeng air tangan bonda saya, masak dari hati..masak dengan kasih sayang!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...