Memang sedap, muffin yg lebut/fluffy sesuai untuk minum petang, bau labu yang manis dan wangi..memikat selera keluarga. ini dia resipinya...cubalah!
Muffin Labu
2 cawan tepong serbaguna
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam kasar
¼ sudu teh serbuk kayu manis (boleh kurangkan jadi 1/8 sudu teh shj)
1 cawan gula perang
¾ cawan gula castor
1 cawan mentega (dicairkan)
4 biji telur grade A
250g labu kuning (butternut)(yg telah direbus & dilenyek)
Cara
Panaskan oven 175oC dan sediakan cawan kek
Ayak tepung, baking powder, baking soda, garam dan serbuk kayu manis, ketepikan
Pukul gula, mentega cair dan telur hingga kembang
Masukkan tepung yang telah di ayak hingga rata
Masukkan labu
Isi setiap bekas cupcake ¾ penuh
Bakar selama 25 minit atau hingga masak (kek lembut dan gebu apabila disentuh)
Hiaskan dengan icing buttercream dan biji labu
by Wanie Talib
Comments
Post a Comment